Wednesday 7 September 2011

Pening Kepala...Apa nak Beli???Apa nak Pakai...: DSLR For Beginner:Nak beli Nikon D90 ke D7000@Niko...

Pening Kepala...Apa nak Beli???Apa nak Pakai...: DSLR For Beginner:Nak beli Nikon D90 ke D7000@Niko...:

Selagi kita hidup memang kita akan tertarik dengan barang barang mewah ni...bagi aku kemera DSLR ni memang la mewah tapi bila duk tengok ra...

Pening Kepala...Apa nak Beli???Apa nak Pakai...: Tajuk

Pening Kepala...Apa nak Beli???Apa nak Pakai...: Tajuk: Aku pilih tajuk Aku dalam dilemma ni pun aku dah kira dilema..dalam bahasa melayu dilema adalah perkataan yang lebih tepat bukan dilemma..di...

DSLR For Beginner:Nak beli Nikon D90 ke D7000@Nikon d90 or d7000

Selagi kita hidup memang  kita akan tertarik dengan barang barang mewah ni...bagi aku kemera DSLR ni memang la mewah tapi bila duk tengok ramai member angkat benda alah ni teringin jugak aku hehe..Jadi aku pun pi la survey mana mau angkat.Aku sebenarnya lebih suka Canon tapi setelah termakan pujukan orang rumah aku pilih nikon.Tapi mana yang best ye..Nikon DSLR yang paling femes orang guna adalah D90.Tapi diorang baru keluarkan pulak D7000..Memang dilema giler aku nak beli ni nikon ni...apatah lagi aku yang betul-betul beginner buta DSLR.

Dalam dilema aku ni macam ni...kalau aku ambik D90 harga lebih kurang RM3100..banyak tu wei..tengok pulak D7000 full set kit rege dia lebih kurang RM4000..lagiiii banyak..Aku duk pikir kalau aku ambik D90 kamera ni dah lebih 2 tahun kat market..D7000 pulak baru lagi..lagipun D7000 adalah upgrade version dari D90.Duk kira pulak beza dia RM900 tuuu...member aku pulak duk cakap kalau Rm900 tu kau bole buat beli additional lense..alamak!!!Point taken jugak ni.
Pikir lagi...tapi kalau aku ambik D90 kamera dah lama ni..kang obsolete pulak part part dia in case rosak.Emmm..bertambah le dilema aku ni..

Aku duk surf  internet tengok ramai yang cakap kalau kau beginner baik ambik D90 dah cukup bila dak pro baru ambik D7000...apek kedai kamera kat loyat pun sound camtu jugak kat aku..Ye tak ye jugak..aku bukan PRO...bukan pulak bercita cita nak amik gambar orang kawin apatah lagi nak jadikan kamera yang bakal aku beli tu sumber periuk nasik(professional photographer)..jadi watpe la aku amik kamera mahal D7000 ni..

Tapi aku terpikir lagi...aku ni dahle buta pasal DSLR ni..kang aku beli D90 tiba tiba rasa tak best pulak amik gambar gambar ni kalau aku jual balik ada ke harga dia...Aish..kalau asyik duk pikir je memang sampai mati la tak beli kamera ni gamaknya.
Jadi setelah berperang dengan dilema aku lebih kurang 2 minggu le jugak..dengan berat hati aku secara rasminya berpisah dengan Rm4000 aku tu (lama simpan woo)dan secara rasmi menjadi pemilik sah satu Kamera DSLR Nikon D7000.

Kenapa aku ambik D7000....


D7000 merupakan kamera DSLR terbaru dari Nikon.
Function dia lebih best iaitu lebih laju dan color depth dia lebih besar
D7000 boleh pakai 2 memory kad
megapixel dia lebih besar(walaupun takla penting sangat sebenarnya megapixel ni kecuali kau nak print gambar besar saiz gajah kau cari la megapixel lebih besar)
Yang lain tu semua d7000 lebih baik hehe(pasal dia lebih mahal)

Tapi berbaloi ke????

Aku dah pakai kamera ni dah banyak kali la jugak....
tapi sebagai beginner baru aku paham sumer sumer spec yang tinggi tu aku tak reti pun pakai...
Last last aku pakai Auto Mode je(yang D90 pun lebih kurang je kualiti gambar dia)
Jadi nasihat aku kalau kau  nak beli jugak d7000 ni make sure kau tahu sedikit sebanyak pasal DSLR dulu..(plus betoi2 punya minat)
Kalau tak baik kau jangan le membazir beli mahal-mahal pastu tak reti pakai hehe

Apa yang aku dapat beli D7000 full kit set@Rm 4000

Body seketoi
Lense standard
beg
Lense cover
Camera Cleaner
Tripod
Remote control
lense pouch

Aku beli kat kedai DSLR Shah Alam
dan yang paling penting jangan lupa Nikon Original Malaysia Warranty.
jangan kau beli singapore set ke AP set ke..kena recond set naya je kau.

P.s:buat otai-otai DSLR entry aku ni hanya ditujukan pada beginner beginner sahaja.Dah Otai takyah baca buang masa je
Entry ni jugak tak menceritakan secara detail spec kedua dua kamera tersebut.Aku cerita bahasa mudah je.
Kalau kau nak tau detail spec dia tolong google sendiri
Aku tak bertanggungjawab apa2 kalau kau terpengaruh dengan entry aku ni
Lagipun bini aku memang pensyarah foto jadi aku blaja dengan dia je la hehe

Tajuk

Aku pilih tajuk Aku dalam dilemma ni pun aku dah kira dilema..dalam bahasa melayu dilema adalah perkataan yang lebih tepat bukan dilemma..dilemma tu perkataan dari bahasa inggeris.Tapi nak buat macam mana..tajuk pilihan aku tu dah ada orang ambik nak taknak..aku walaupun dilema terpaksa la guna tajuk ni

Adios